Pengurusan - Data pelajar masih belum lengkap. Proses pendaftaran tidak dimaklumkan. Tiada taklimat pelajar, tiada taklimat ibu bapa dan tida taklimat haltuju pelajar. Koordinasi antara fakulti, Marketing dan pengurusan tampak goyah atau tiada langsung. Kami mendapat maklum di saat terakhir jumlah pelajar sebenar. Jumlah pelajar akhirnya tidak sepadan dengan data yang sedia ada. Keadaan serupa ini rasanya boleh diperbaiki lagi jika ada koordinasi yang berkesan antara jabatan jabatan yang terlibat. Imej universiti, jabatan dan lain lain yang terlibat boleh tercalar dengan situasi yang sedang berlaku. Wajarannya ibu bapa serta pelajar mempunyai pengetahuan serta rangkaian hubungan yang baik. Dengan tidak menidakkan keupyaan dan kebarangkalian mereka bayak perkara negatif boleh berlaku sekiranya dimasa depan proses pengambilan pelajar tidak diurus dengan sempurna.
Ibu bapa pelajar - Seorang bapa menemui saya meminta beberapa penjelasan mengenai kursus yang diambil oleh anak beliau. Bapa ini datang dengan serba cukup persiapan dari himpunan subjek, prosedur MQA, kaedah pembelajaran, kualiti serta perbandingan dengan institusi IPTS yang lain. Secara profesional bapa ini mohon untuk dijelaskan satu persatu. Saya setuju dengan cara beliau mendapatkan maklumat sebegini untuk masa depan anak beliau. Berbalik kepada perenggan diatas telah sampai masanya kita harus bersedia dengan segala keperluan dan corak pengurusan yang jitu menghadapi ibu bapa dimasa depan.
Akademia - Bersediakah kita mengimplementasikan semua plan perancangan dan gangguan perancangan yang muncul dalam bentuk kejutan. Sudahkah kita bangun dari tidur tidur ayam dengan kejutan ledakan gung berapi. Laharnya panas sekitar lingkungan pejabat sampai kerumah. Terjkejutkah dengan bentuk sosial pelajar. Masih mahu menyalahkan latar belakang dan tingkah laku pelajar?.
Kita sudah biasa disediakan dengan kemudahan atau setting yang ideal sehingga terkejut mujur tidak pengsan dengan ape yang berlaku. Bermula dengan `0' merupakan detik pembelajaran yang baik. Merangkak, bertatih , duduik dan berjalan akan mengajar kita dengan proses pembangunan, pembentukan dan nilai sosial manusia secara terperinci. Kejayaan tidak boleh diukur esok atau lusa pasti akan mengambil waktu yang panjang. Kejayaan yang akan teserlah bukan milik dekan tapi milik bersama.
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment