Wednesday, July 7, 2010

Seorang suami

mana terfikir berlaku begini. mungkin faktor perekitaran, beban kerja,status kehidupan membuatkan banyak perkara yang menyebabkan pedih rasa ulu hati . Sang isteri yang disayangi kadang kadang buat buat tak faham atau entah ape alasanya. Mengendalikan dan menyusun masa menjadi satu perkara yang dianggap santai. Office masuk jam 8.30 pagi tapi bangun pun 8.30 pagi. Siapkan tu ini dan segala macam pastyinya pukul berapa sampai kat office. Tok laki yang kedekut dgn masa terikut sama berantakan waktu. Ditegur serupa mencurah air atas daun keladi. Langsung takde rasa besalah terhadap masa. Bertong tong jawapan resmi dan tak resmi memudahkan perlakuan leka masa. Sang suami demi kebahagian menelan dan menghatikan episod episod tersebut. Kalaulah meletup agaknya ape akan jadi yeh.

Kita hidup bukan menongkat langit. Sembahyang adalah asas dan prinsip yang tidak boleh dileka lekakan. Dah bangun pukul 8.30 pagi subuh apenya, magrib penat balik dari ofis, isyak tertido, zohor sebok dioffice. Agaknyalah ape sebenarnya tanggungjawab seorang bernama Islam. Tok laki dah penat membebel semayang semayang semayang semayang. Atau tok laki termasuk dalam golongan yang akanmasuk neraka sebab tidak membawa isteri untuk menyembah Allah. Jauh disudut hati betapa pedihnya dan jauh hati seorang suami mengenang masa masa yang sedang berlalu. Salah kah aku.

Kebersihan merupakan aspek yang penting, rumah adalah syurga selepas balik dari office. Keindahan rumah tersusun rapi, tanpa lantai yang kotor, sampah merata, rambut merata rata, sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor. Belum dibuka peti ais yang segala macam tok kaduk berada didalam. Washing machine penuh dah 3 4 hari masih blum berjemur.

Sayangkan isteri takyah leter leterkan. terima seadanya panjangkan sedikit doa untuk isteri bukan minta berubah tapi minta dapat petunjuk dan hidayah menajdi isteri solehah. Amin