Sunday, March 14, 2010

STUDENT IPTS 1

Kadang kadang difikirkan pakej lengkap seorang pelajar diperingkat diploma dan ijazah temasuk, sikap yang positif, latar belakang keputusan peperiksaan yang cemerlang, sentiasa mahu belajar dan mencapai kejayaan.

Pelajar pelajar saperti di atas biasanya mudah dibentuk. Tidak banyak membawa masalah dan sentiasa menjaga diri dalam lingkungan sosial yang sehat. Tumpuan terhadap pelajaran menjadi agenda utama dalam jadual harian mereka.

Sebaliknya terutamanya sebahagian pelajar IPTS memasuki IPTS bukan kehendak sendiri tapi rayuan ibubapa yang bosan melihat anak dirumah tanpa sebarang aktiviti. Kursus yang dipilih bukan pilihan utama sekadar cukup syarat yang jauh lebih rendah dari IPTS. Seorang Fisioterapi di IPTA perlu sekurang kurang 5 kepujian dalam SPM termasuk math dan science subject. Sementera di IPTS 3 kepujian cukup untuk mereka mengikuti program diploma di IPTS. Akhirnya kedua dua calun ini akan bertemu di hospital dan melakukan kerja yang sama.
Bagaimana kualiti mereka. Tidak dinafikan dalam tempoh 3 tahun mereka dapat dibentuk menjadi yang terbaik. Persoalanya berapa ramai mereka termasuk dalam statistik ini atau mereka lulus di atas lain lain faktor?.

Monday, March 1, 2010

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

1. Walaupun satu bentuk perniagaan adalah perlu membezakan dengan jelas peranan tuan punya dan ahli akademik IPTS. Kita menghormati usahawan dengan modal jutaan ringgit. Mereka mempunyai bussiness minded menyertai perniagaan pendidikan. Wajarkah mereka mencampuri hal ehawal akademik?, wajarkah mereka mencampuri hal ehwal akademik serta membuat pelbagai pindaan dan urusan akademik.

2. Rata rata ahli akademik mempunyai sarjana dalam pelbagai bidang penghususan. KOnsep cari makan dikalangan ahli akademik sangat dikesali. Menuruti kehendak pentadbir dengan mengenepikan kualiti bidang sangat tidak bermoral. Sesungguhnya out put pengajian dan pendidikan masih menjadi tanggungjawab ahli akademik terlibat. Anda jawab sendiri soalan ini...Who is your lecturer and which university you come from.

3. MQA,MOE dan lembaga boleh saje terkeliru dengan barisan nama nama besar pensyarah di atas kertas. Hakikatnya adakah ia benar, untuk kelulusan kurikulum mengambil masa secepatnya 3 bulan. Mampukah IPTS menggaji ahli akademik tanpa kerja. Itu tidak termasuk kerja kerja pembaikan kurikulum dan proses mendapatkan pelajar. Saya ingin mencadangkan supaya kelulusan menjalankan kursus dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama membangunkan kurikulum dan perkara teknikal. Fasa kedua senarai pensyarah serta kelengkapan serta infrastruktur pengajian. Kedua duanya sama penting tetapi dapat mempastikan ia berjalan dengan lancar.

4. Apa yang sebenarnya berlaku kepada kebajikan pelajar hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagaimana kemudahan pengajaran dan pembelajaran mereka boleh diukur pada tahap memuaskan. Tempat penginapan? , Kemudahan belajar?, Pengangkutan?, Keselmatan?, Perpustakaan?, Kemudahan riadah? dll.

5. Keuntungan perniagaan memang menjadi agenda utama perniagaan. Tidak dinafikan terdapat IPTS yang mendahulukan pelajar dalam apa jua keadaan. Pertimbangan wajar haruslah dilihat dari sudut nilai murni pembelajaran dan pembelajaran. Biarlah IPTS dapat melahirkan pelajar berkualiti dan pada masa yang sama keuntungan dapat diraih dikalangan pengusaha.

6. Kualiti pendidikan dan graduan IPTS. Tidak dapat dinafikan sebahagian besar pelajar IPTS merupakan mereka yang kurang berjaya dalam SPM. Dengan persaingan mendapatkan pelajar dikalangan IPTS sebahagian besar pelajar hanya mempunyai syarat minima yang disyaratkan oleh MQA. Pensyarah mempunyai tugas dan tanggung jawab yang sangat berat mendidik pelajar saperti ini. Bertambah masalah dengan kelengkapan minima yang ada di IPTS. Tekanan pengurusan untuk memastikan semua pelajar lulus menambahkan beban pensyarah. Bagaimana dengan kualiti graduan?. Mereka akan menjadi sebahagian dari anggota dalam perkhidmatan awam dan swasta. Apa jadi sekiranya mereka diletakkan dalam kumpulan front line contohnya dalam bidang kesihatan. Siapa yang akan memantau atau apa mekanisma untuk memastikan mereka seiring dengan graduan IPTA.

Ahli politik Malaysia

MELUAT .....perkataan yang paling tepat untuk sebahagian kecil ahli politik Malaysia. Tak cukup dengan tak berapa cukup ilmu dalam bidang politik dan bidang masing masing, muka mereka cukup tebal untuk membuat pelbagai kenyataan yang tak berapa cerdik dalam media masa. Tak pernahkah wahai ahli politik untuk muhasabah diri, pandang kecermin. Masyarakat bertambah menyampah dengan tindak tanduk mereka. Cukup cukuplah hadkan berpolitik untuk tempoh sebelum dan selkepas pilihanraya. Banyak kerja yang perlu dilakukan selepas terpilih dalam jentera parti. Kalau untuk menjaga kepentingan perubadi eloklah cari platform yang lain. Masyarakat sudah muak melihat pemimpin serupa ini.