Thursday, April 28, 2011

Kenapelah begini situasinya

1. Sungguh terpanggil sekali untuk menyuarakan suara hati seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan berugama Islam mengenai pendedahan pendehan pengamal politik tanah air. Tak kiralah dari mana mana parti politik. Sungguh memalukan dan memualkan.

2. Takde persan malu ke mendedahkan keaiban orang lain. Mengaibkan kawan atau sesama manusia dari segi etika dan ugama bagi saya seorang yang tak cukup ilmu adalah perbuatan yang sangat tak baik.

3. Walau bermusuh atau apa jua alasan, didunia kita ada perantara mahkamah untuk mensabitkan sesuatu kesalahan. Lebih dari itu Tuhan tahu siapa yang benar dan sebaliknya. Menambahkan penderitaan mangsa dengan mendahului mahkamah dan Yang Maha Esa sangat sangat menjengkelkan.

4. Mungkin saya seorang sahaja atau mungkin ada ribuan lagi bersama saya yang sungguh meluat dengan situasi begini. Kepada ahli ahli politik mana rasa kemanusian, mana rasa moral, mana rasa malu, apa sebenarnya pegangan agama anda.

5. Saya rindukan keamanan dan suasana harmoni hidup di Malaysia. Saya pernah tinggal dilaur Malaysia dalam tempoh yang panjang. Ini negara ku yang terbaik dikalangan yang terbaik. janganlah rosakkan semua ini oleh ahli politik yang berpolitik secara kotor dan tercela.

6. Malu sebagai Melayu yang tersohor dengan budi bahasa dan moral yang tinggi. Ditakdirkan dengan pegangan ugama yang maha suci. Berpolitiklah secara bersih kalau rasanya diri tak tertanggung dengan beban digalas berundur atau berhenti terus dari berpolitik.