Tuesday, February 16, 2010

Politik Malaysia - rakyat jelata

Rasanya rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa dan peradaban yang tinggi . Kita di asuh sentiasa menghormati sesama umat. Tidak akan menyakiti orang lain dengan apa cara jua. Untuk menegur kesalahan kita gunakan bahasa yang paling simbolik tanpa menyakiti orang lain. Mengaibkan orang dimata orang lain apatah lagi dimata ramai adalah perbuatan keji.

Pemimpin adalah mereka yang terpilih datang dari pelbagai sudut samaada melalui proses demokrasi atau sebaliknya. Apabila individu yang terpilih mewakili kelompok kecil ataupun besar mereka membawa sekali tanggung jawab yang besar sebagai pemimpin.

Saya sangat kecewa dengan situasi politik masa kini, pemimpin tak kira dari apa jua aliran secara terbuka mengecam antara satu sama lain. Saya pasti mereka sedar rakyat memerhatikan mereka . Tak kira apa jua agenda tersurat atau tersirat saya semakin jijik dengan tindak tanduk mereka.

Fitnah sentiasa akan terbuka apabila setiap kenyataan terkena pada individu yang terasa pedasnya sesuatu kenyataan. Keterbukaan tanpa piawai bukan mekanisma penambahbaikan kepada mana mana isu yang dibincangkan.

Satu langkah kebelakang. Apakah masyarakat Malaysia hari ini sudah sedia menerima semua ini ?, atau terdapat golongan besar yang mempunyai kepentingan diri menggerakan situasi begini. Stop here.

No comments:

Post a Comment