Sunday, March 14, 2010

STUDENT IPTS 1

Kadang kadang difikirkan pakej lengkap seorang pelajar diperingkat diploma dan ijazah temasuk, sikap yang positif, latar belakang keputusan peperiksaan yang cemerlang, sentiasa mahu belajar dan mencapai kejayaan.

Pelajar pelajar saperti di atas biasanya mudah dibentuk. Tidak banyak membawa masalah dan sentiasa menjaga diri dalam lingkungan sosial yang sehat. Tumpuan terhadap pelajaran menjadi agenda utama dalam jadual harian mereka.

Sebaliknya terutamanya sebahagian pelajar IPTS memasuki IPTS bukan kehendak sendiri tapi rayuan ibubapa yang bosan melihat anak dirumah tanpa sebarang aktiviti. Kursus yang dipilih bukan pilihan utama sekadar cukup syarat yang jauh lebih rendah dari IPTS. Seorang Fisioterapi di IPTA perlu sekurang kurang 5 kepujian dalam SPM termasuk math dan science subject. Sementera di IPTS 3 kepujian cukup untuk mereka mengikuti program diploma di IPTS. Akhirnya kedua dua calun ini akan bertemu di hospital dan melakukan kerja yang sama.
Bagaimana kualiti mereka. Tidak dinafikan dalam tempoh 3 tahun mereka dapat dibentuk menjadi yang terbaik. Persoalanya berapa ramai mereka termasuk dalam statistik ini atau mereka lulus di atas lain lain faktor?.

No comments:

Post a Comment