Tuesday, January 25, 2011

Nasihat untuk seorang suami.

BismillahHirahmannirohim,

1. Seorang suami tak pernah meminta berlebihan dalam semua hal. Perkahwinan perlu sedikit pengorbanan, sedikit komitment, sedikit kefahaman, sedikit akal. Memahami suami bukan sesuatu yang bolih diajar atau dipaksa. Lelaki tak mudah menetapkan kriteria untuk difahami sang isteri. Peranan besar perlu memahami seorang suami menjadi soal sendiri seorang isteri. Semakin cuba tidak memahami semakin jauh seorang suami membawa lara.

2. Sedar atau tidak seorang suami sedaya upaya akan membawa isteri kelaluan yang betul. Menegur bila kurang sembanyangnya, menegur bila kebersihan semakin tidak terurus, menegur bila susunatur rumah mula menyamai kapal pecah. Strategi berlembut boleh menjadi sebaliknya. Sedarlah BILAMANA SAHAJA SUAMI MENJADI BOSAN DAN SUDAH TIDAK LAGI MENEGUR perkara perkara tersebut, bendera amaran sudah dijulang. Nauzubillah.

3. Fasa seterusnya fasa what will be will be. Ikut saje arus sang isteri teruskan kehidupan biasa, tak payah tegur ape ape. Tak payah sakit sakit hati atau pendam perasaan. Demi isteri dan anak korbankan ape saje. penuhkan kekosongan dengan aktiviti yang boleh membuang lara dan kebosanan.

4. Panjatkan kepada Ilahi pohon ribuan kemaafan gagal menyempurnakan peranan seorang suami. Doakan sentiasa sang isteri berubah kepada isteri solehah. part yang tak nak dengar cakap atau nasihat atau teguran pulangkan kepada yang Maha Esa. Kita tak menongkat langit. Tiba masanya kita akan pergi. Biarlah kita pergi dengan penuh ketenangan.

5. Memang sakit hati peringkat giler bila isteri tak dengar cakap. Ia lah isteri bekerjaya kan?. Solat sunat mohon tahap kesabaran dipertingkatkan. Tak payah nak marah marah ke menjerit ke atau keluar kata kata power. Rasanya Tuhan mengetahui kita dah mencuba tapi belum diperkenankan. Ketahuilah semakin kita banyak menjerit, marah marah, makin kita teruk jadinya. Secara sombongnya, kenape kita perlu menyeksa emosi kita?. Memang sukar pun ialah kita sayang kat isteri kita, kita nak perubahan yang cepat dan yang penting menyebelahi kita.

6. Saudara saudaraku, mendengar alasan isteri yang menasabah, tak menasabah, rubbish, tak masuk akal atau ape apelah perlu penapis yang super fine. Part yang ini terpulang budi bicara anda.

7. akan bersambung

No comments:

Post a Comment